" hari jumaat,banyakkan selawat.Sesungguhnya syafaat Rasulullah itu dekat pada umatnya yang sentiasa berselawat ke atas baginda"
Butir demi butir kata2 hikmah guna sebagai nasihat keluar dari bibir abah.Waktu itu sore,tatkala nun ufuk di sana kelihtana cahaya merah menandakan hampir tiba waktu maghrib.
Sekali sekala bersama abah dan mama menghirup suasana dingin bayu senja cukup mendamaikan hati.Tambah bahagia lagi bila telinga disajikan dengan perkatan2 baik berupa pesanan dari orang tersayang.
Masih teringat lagi sewaktu memperdengarkan bacaan Al-Quran ketika tasmi' untuk ujian tilawah bagi Sijil Menengah Ugama.Usai tasmi', salah serang ustaz yang jernih wajahnya,putih bersih air mukanya bertanya :
" Siapa yang mengajarmu mengaji nak? "
" Ibu.."
Ustaz menganguk2.
" sungguh bertuah dirimu wahai anak.Tiada yang lebih berkat melainkan menjadikan ibu bapamu sendiri sebagai perantara antaramu dengan Allah "
Selesai sahaja peperiksaan , peristiwa itu membuatkan diri ini berfikir.
Ya,sungguh benar kata ustaz.Besarnya jasa ibu dan ayah memperkenalkan diri kepada Pencipta.Pengorbanan mereka menghasilkan lidah yang mampu melontarkan ayat2 suci sebagai penghubung diri denganNya..
1 comment:
Ibu bapa memang terlalu banyak berkorban untuk anaknya. entri ini memang membuatkan saya bertambah rindu kepada ibu dan bapa saya.
Post a Comment