Saturday, March 10, 2007

Halawatuddam' ii

Sungguh benar sabdaan junjungan mulia, yang mengatakan sekiranya kita mengetahui apa yang diketahui Baginda,nescaya manusia akan banyak menangis sewaktu di dunia..

Masakan tidak saudaraku,
Keimanan kita akan azabNya yang pedih..
Kesengsaraan bagi mereka yang derhaka..
Kepedihan dan kesakitan sakaratul maut..
Ketakutan sseorang diri menjawab Munkar Nakir..
Keaiban sewaktu perhitungan..
Penderitaan diselubungi nanah..
Penyesalan yang tidak berkesudahan..
Keperitan kepanasan api neraka..
hidup penuh kesedihan menunggu tempoh yang ditunggu entahbila penghujungnya..

Begitulah saudaraku,sekelumit gambaran ancaman bagi yang Ingkar..
sesungguhnya tidaklah Dia menceritakan semuanya ini melainkan tempias kasih sayangNya pada kita.Kenapa begitu?

Kerana..jikalau tidak Allah peringatkan kita dengan balasan buruk ini,mungkin kita kini adalah seorang penzina,pencuri,kaki hasut,pembunuh..dsb yang pastinya mengundang kesensaran dan kepahitan bagi nama sebuah kehidupan..

Tiada dalam dunia ini yang cita2nya ingin mencari kesengsaraan.Tanyalah di seluruh pelusok ceruk dunia,naluri manusia itu akan tetap terpanggil untuk memilih kebahagiaan....Lantas,di mana kebahagiaan itu?

Ia tersimpan cukup rapi dalam sebuah kitab suci..turunnya adalah sebagai penawar,bukan sebagai perosak kehidupan.

Menangislah saudaraku..paksakan dirimu untuk menangis,sebelum tiba masanya air matamu kering kerana tercurah dek penyesalan yang penuh kerugian di Hari seluruh jiwa akan dikumpulkan.

Cubalah..nikmatilah kelazatan air mata yang lahir dari hati yang penuh tunduk menyesal akan dosa2 yang lalu,nescaya dirimu akan ketemu satu sinar baru,penuh kehangatan cinta yang luar biasa pada Penciptamu yang sebelum ini kita mungkin tersesat dalam mencarinya..ameen.

No comments: