Sungguh sadis sekali , peristiwa pagi itu cukup sebagai bukti imanku masih belum kuat.
'Level'nya setakat bermain dengan hati..ntah sampai bila.
Kami dipanggil untuk bersemuka dengan orang ternama di sebuah dewan mesyuarat yang kerusinya dilengkapi setiap barisnya dengan mikrofon mini ala-ala parlimen.Sewaktu beberapa minit sahaja sebelum mesyuarat bermula,fikiran kami sudah pun terganggu dengan aksi 'norma' yang mungkin telah menjadi perkara normal bagi mereka..mungkin.
Melangkah sahaja memasuki ruang legar dewan,beliau disambut dengan tangan-tangan yang berebut2,disusuli dengan ciuman tangan tanda hormat.Hati ketika itu masih tenang..sehinggalah ke saat tangan yang menghulurkan adalah milik mereka yang kepalanya dilitup cukup kemas,yang kalau dikira sudah cukup sempurna dilindungi auratnya.Sayang sekali...hati berbisik "mungkin mereka jahil" ..tentunya.Jikalau mereka tahu pun akan hukumnya,mungkin mereka jahil di sudut lain yang menyebabkan mereka memandang perkara itu adlah 'norma'..ya,hati bermain2 cuba mencari kembali ketenagan yang diganggu sebentar tadi..mencari kekuatan untuk fokus kembali kepada mensyuarat.
Sungguh lain suasanya..jikalau sebelum ini,setiap majlis yang dihadiri pasti dimulakan dengan menyebut2 nama Allah jua junjungan besar baginda,kali ini..
Ya kita mungkin nampak ia perkara kecil,nemun kesannnya pada hati seterusnya pemikiran yang akan digunakan sepanjang mesyuarat berlangsung sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan dan respon yang lahir secara tidak langsung.Hati yang lalai dari mengingati Allah,amat mudah untuk tergelincir sehinggakan mungkin kita merasakan kita sudah berada pada laluan yang betul,sdangkan tikamana hati kita kembali mengingatiNya..baru disedari rupanya kita telah tersilap memilih lorongnya..
mungkin di situlah lahirnya keberkatan bagi sebuah musyawarah yang dihadiri oleh hati2 yang dekat dengan Allah.
Jika diteliti sebenranya,kualiti musyawarah oleh hati yang sentiasa bertaqarrub ini jauh lebih baik dan 'impressive'.Walaupun mungkin mereka ( yang mungkin lalai ) hebat di segi penggunaan istilah2 bahasa dsb,namun di segi kreativiti dan keterampilan menyelesaikan sesuatu isu dalam mesyuarat,kadang2 dilihat agak kurang mutunya..
Aqal manusia itu sebenarnya akan lebih terangsang apabila hati di dalamnya adalah sebuah hati yang bersih..kerana Allah telah membuka hijabNya satu demi satu sehingga idea yang tidak pernah terlintas oleh orang biasa mampu dilontarkan oleh orang2 yang mempunyai jiwa yang 'besar'..Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment