Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
" Ya Allah,daku berlindung dari-Mu dari memperkatakan apa yang tidak haq,kurniakan daku buah petunjukMu untuk keredhaanMu "
Diri yang kerdil berasa terpanggil untuk menyahut panggilan saudara seagama yang merupakan amanah yang perlu dipenuhi.Semoga bait-bait coretan seterusnya menjadi bahan saksi di hari yang penuh dengan ketakutan dan masing-masing mencari-cari syafaat buat menolongnya terlepas dari janji yang kebanyakan manusia sewaktu di dunia banyak mendustakannya.
Perlu kita sentiasa memusatkan dalam hati bahawasanya setiap yang berlaku di sepanjang kita menyeselusuri kehidupan ini,adalah telah ditetapkan sejak azali.Bukankah telah ditentukan sedari awal akan rezeki,jodoh, dan keadaan kita di pengakhiran nyawa.Justeru, kadang-kadang apa yang zahir tidak dapat merungkaikan detik persoalaan yang sentiasa muncul dalam tempoh musafir kita di dunia sementara ini.Maka di mana titik jawapannya?
Sesungguhnya kita wajib percaya dengan yakin bahawa di luar lingkup garisan zahiriah dunia ini,ada sesuatu di luar sana yang mana dalamnya terkumpullah segala jawapan bagi persoalan-persoalan yang didatangkan. Justeru,sungguh mustahil bagi seorang manusia untuk bertemu dengan matlamat hidupnya seandainya dalam dirinya hanya ada unsur zahiriah semata-mata. La budda,perkara ma'nawi tidak dapat dipisahkan.. .
Maka dengan itulah kita diperturunkan dengan ajaran bahwasanya di sana ada kuasa yang Maha berkuasa mengatur setiap perjalanan makhlukNya samada berupa makhluk yang mendiami ruang angkasa planet,matahari atau di bumi segala manusia,haiwan dan tumbuhan di darat maupun di laut..

Kenapa diri memulakan dengan memperkatakan tentang soal akidah ini?
Kerana sesungguhnya hanya apabila kita memahami perkaitan antara alam yang nyata dan ghaib,maka tika itulah kita mampu memahamisegala bisikan persoalan di dunia ini.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan kepada diri,
Bagaimana diri ini belajar lantas diberi anugerah Ibnu Sina?
Subnallah sesungguhnya diri mengembalikan anugerah itu kepada pemilikNya yang abadi,Allah azza wajalla.
Wajib diyakini,saudara- ku,bahawasa sesunggunhnya kita pada asalnya dikeluarkan dari perut ibu kita tanpa mengetahui apa2,lantas dikurniakan kita pendengaran, penglihatan dan hati..
" Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu,sedang kamu tiada mengetahui suatu apa pun,dan Dia adakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati,mudah-mudahan kamu berterima kasih padanya "
{ An-Nahl : 78 }
Wahai sudaraku,kita juga mengalunkan setiap hari zikir Rasulullah Al-Ma'thurat, bahawa tidaklah Allah mengurniakan ilmuNya melainkan apa yang dikehendaki olehNya.
Lantas apa perkaitannya?
Kiranya ia amat berkaitan akan niat yang menjiwai sanubari kalian di sepanjang amal kalian menuntut ilmu.Diri yakin insyaAllah kita semua dapat memahami Hadith 1 dengan baik.
Niat boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tahap.Lihat sahaja bagaiman orang-orang yang taat diklasifikasikan menurut apa yang diniatkannya. Ada hamba Allah yang soleh beramal kerana takut akan azabNya.Ada yang beramal kerana mengharap ganjaranNya dan ada juga yang hatinya begitu bersinar dengan halawah iman sehinggakan tidaklah ia taat melainkan kerana rasa kasih dan cintanya pada Allah..Subhanallah begitu pelbagai.Moga kita semua tergolong dalam kumpulan-kumpulan tadi.
Belajar.
Kerana apa kita belajar?
kerana menginginkan melakukan kebaikan..
kerana membalas jasa ibu-bapa..
kerana ia wajib..
semuanya betul seandainya kita tujukan kesemuanya untuk Allah.
Tetapi elakkan..
kerana mahu jadi pelajar tersohor..
kerana ibu-bapa suruh..
kerana doktor marah..
kerana minggu depan exam..
Diri ini percaya bisikan musuh ini akan datang menguji,lantas cepat2lah kita kembali kepada fitrah kerana kembalinya kita membawa kepada nikmat kebenaran.Katakan. ..
" sesungguhnya solatku,ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah "
Biarlah kita ingin mengetahui ilmuNya kerana kita ingin mengenalNya lebih dekat,lantas semakin hampir kita kepada ma'rifah.Semakin kita menhampiri jawapan..semakin kita mendekati persisiran ketenangan.
Mungkin akan ada yang bertanya..bagaimana pula dengan zahiriahnya?
Yang pastinya seandainya yang ma'nawi itu jelas dan betul,insyaAllah dengan sendirinya yang zahiriah akan menyusul.
Kita pastinya tidak menjadi seorang yang bermalas-malasan, membiarkan masa berlalu,panjang angan-angan, dan tidak amanah pada ilmu..kerana kita ada rasa takut hasil keyakinan pada yang bukan zahiriah.
Bila ada kesedaran,akan lahirlah kesungguhan. Bila iman kita menggunung,percayal ah segala yang baik akan datang di hadapan kita.
Diri tidak berniat untuk menceritakan bagaimana diri ini study,kerana hakikatnya kalian lebih bagus dan lebih bijak,masing- masing tentunya punya cara tersendiri yang sesuai dengan fisiologi masing-masing. Ada yang mungkin boleh bertahan dinihari,dan yang lainnya pula menjadikan waktu siangnya untuk beramal menuntut ilmu sesungguhnya kerana mungkin ada masalah kesihatan dsb.Justeru, sebagaimana yang kita yakin penentu akhirnya adalah Dia,maka pastikan kita meletakkan Dia di hadapan dalam segala perkara.Nescaya kalian tidaka akan ditimpa kekecewaan walaupun diuji dengan kegagalan..kerana kita tidak tahu apa rahsia Allah.Kadang2 kegagalan itulah anugerah yang terbaik bagi alam bukan zahiriah.kerana itu,diri begitu menekankan keyakinan itu.
Marilah kita menghayati Islam secara keseluruhan. Kadang-kadang ada manusia telah merasa cukup beramal,sedangkan banyak lagi rupanya lompang di sana sini yang belum ditampal lantaran kejahilan,nauzubill ah.moga Allah menjauhkan kita semua.Ilmu Allah sungguh luas..
Beramallah teruskan beramal,dan akhirnya bertawakallah. ..
Diri memohon jutaan kemaafan atas kepincangan bait-bait kata dalam tulisan ini.tidaklah diri mengharapakn, melainkan dapat memberi sedikit manfaat untuk semua dan diri sendiri.Syukran jazilan..
Mari kita kembali kepada Allah.
No comments:
Post a Comment