Monday, July 02, 2007

Uncle

Kujambatkan untaian penuh kesyukuran
Nun meninggi ke puncak ma'rifah
Selamat bertemu kembali.Setelah hampir sebulan Dia menghantarkan diri untuk ditarbiah di bumi Taiping.Sudah tentu banyak cerita dan ilmu untuk direnungi.
Kehidupan manusia tidak akan pernah sunyi dari persoalan..
Kerana dari persoalan akan lahirlah ikhtiar menggapai jawapan..
Dan jawapan itulah anugerah ilmu yang tiada tolok bandingan harganya..
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menyibukkan dirinya untuk merungkai setiap persoalan yang mengunjung hidupnya.Sebaliknya kerugian besarlah bagi orang-orang yang membiarkan dirinya hanyut dalam persoalan demi persoalan sehingga akhirnya yang ditemuinya adalah kehancuran dan kejahilan,nauzubillah.
Bergalaskan 2 buah beg,satu dipenuhi dangan pakaian,yang satu lagi sarat berisi buku-buku,diri menghayunkan kaki menuju ke Terminal bas Langgar ditemani ibu dan kakak.Doa di hati semoga pemusafiran ini sentiasa diberi kemudahan dan keberkatan.Alhamdulillah bas selamat berangkat meluncur laju meninggalkkan kota serambi Mekah menuju negeri yang kaya dengan sejarah,Perak Darul Ridzuan.Alhamdulillah,tidak perlu dirisau akan siapa gerangan yang akan duduk bersebelahan kerana yang pastinya diri pergi menununtut ilmu dengan berteman sahabt seperjuangan jua sefikrah.Mudah-mudahan sepanjang perjalanan kami dipagari dari kelalaian,itulah antara gunanya teman untuk saling memperingati.
Siapa menduga,akhirnya Allah mengizinkan jua diri untuk berpijak di rumah seorang sahabat yang turut sama berada dalam saf rantai-rantai perjuangan para Rasul dan Sahabah.Moga tautan hati kami lebih utuh dan kemanisan ukhuwwah akan lebih tersemi indah di bumi Taiping.
Tugasan Elektif selama 4 minggu di Hospital Taiping mengajar kami bagaimana menjadi manusia yang realistik..begitulah nadanya salah seorang dari kami.Biarpun akademik menjadi tujuan,namun ada suatu pengalaman indah yang tentunya tak dapat kami lupakan dalam diari hidup kami sebagai seorang dai'e.
" Kamu dari mana ? " tanya seorang pesakit berbangsa cina.
" Kelantan.." sahut kami.
"Oo..kelantan ye.Uncle suka pi sana..banyak mudah mau berniaga kat sana.senang mau dapat permit.sini taiping aa,banyak susah lo..."
Lalu,bermulalah 'line clear' untuk kami 'start ' memulakan bicara hikmah tentang Islam.Antara petikan yang menarik sepanjang perbualan kami:
"uncle,dalam Islam..ada tak yang uncle nampak tak kena? "
" Oo..itu Islam aa,banyak mau soal itu halal haram.Kalu mau bikin cek sama itu duit,dia halal atau haram,banyak susah ooo.."
" itu..kata Islam manusia dari Adam aa.Kalu gitu,siapa bikin itu Adam ? "
Apabila diberi jawapan oleh kami..
" Oo..itu ada sebut dalam kamu punya kitab ka..? (dia nampak agak tercengang-cengang)
" Uncle aa..itu semua agama sama saja..uncle pernah ikut itu orang Islam semayang di Masjid Negara.diaorang doa,uncle pun doa la...uncle suke pi sana,banyak tenang oo.."
Berlarutanlah perbualan kami yang pada mulanya hanyalah diniatkan untuk 'clerking',akhirnya Dia membuka jalan untuk kami meluaskan lembaran da'wah di bumi kecil Taiping ini.
Memadangkan uncle dibenarkan pulang dari wad D4,kami tidaklah mahu melepaskan peluang keemasan mad'u ini begitu sahaja.Menjadi tanggungjawab kami untuk terus menyelamatkan beliau dari 'azab di sana.Lantas ditulisnya alamat jua no tel untuk kami menghubunginya di kemudian hari.
Musyawarah kami bertiga sepakat untuk menghadiahkan uncle tersebut senaskah terjemahan Al-Quran versi Inggeris.Mulanya dicari juga terjemahan versi mandarin,namun sayangnya sumbernya jauh di Pulau Pinang.Lalu beberapa hari kemudian bermulalah ekspedisi kami mencari rumah uncle berpandukan alamat yang tersimpan rapi dalam buku tulis kami.
Alhamdulillah,barangsiapa menolong agama Allah,Dia pasti akan menolongnya kembali.Setelah beberapa kali berputar-putar kawasan yang sama,akhirnya kami bertemu juga kediaman uncle.Alhamdulillah,kebetulan dia ada di rumah waktu itu.Dia sedang mengupas sebiji buah yang katanya untuk dibuat ubat..subhanallah,banyak sungguh atas mejanya herba-herba ubat tradisional yang katanya memang terkenal di kalangan masyarakat cina.Bermacam-macam warna..merah,coklat.kuning..
Kami tidak berada lama.Setelah selesai misi kami untuk menyampaikan hadiah itu,lantas kami meminta diri.Ahamdulillah senyum terukir di bibir kami bertiga kerana Allah mengizinkan kami menolong seorang manusia di sini.Selebihnya kami berserah kepada Allah.Semoga dengan kasih sayangNya,uncle itu dijinakkan hatinya untuk menerima cahaya Islam.Mari kita semua berdoa...untuk seorang lagi saudara baru.

No comments: