Saturday, July 28, 2007

Usrati..usratukum.

Pujian untukMu Ya Allah..
Pujian untukMu Ya Rahman..
Pijian untukMu Ya Rahim..


Lega.mendamaikan hati.
Aktiviti ziarah abang jua kakakku,akhirnya selesai.Tenang melihat selera abah yang bertambah.selalunya sekali sehari sahaja waktu makannya,itupun belum tentu habis sepinggan.Bila hadir bersama celoteh anak2 yang kini semuanya mumayyiz,bisa membawa diri masing2,pastinya jiwa yang malap akan sendirinya kembali bersinar.

Dalam diri,tidak putus2 hati berpesan agar niat tidak terpesong.Ziarahku tidak lain kerana menyahut seruan Allah melalui perantaraan RasulNya agar manusia ini sentiasa menghubungkan silaturrahim dan memperbanyak aktiviti ziarah semata-mata keranaNya..Indah ya ukht,bila niat yang membungai qalbu kita itu dihubungkan tulus ikhlas untuk redhaNya.

Jua diri begitu gusar andai tidak tergolong dalam golongan yang langkah kakinya menghampiri syurga kerna pernah Rasul berpesan bahawa tidaklah masuk syurga seseorang itu melainkan ia beriman,dan tidaklah berim,an seseorang itu,melainkan ia berkasih sayang.Sesungguhnya diri mengasihi antum semua kerana Allah,begitulah harapnya kita semua yang asalnya dari darah Nabi Adam.

Teruskanlah menyebarkan roh Islam dengan kasih sayang.Nilai ini nampaknya semakin tandus,sedangkan ia adalah anugerah alam yang paling berharga,tiada nilai setanding dengannnya.

Kasih sayang hadir dalam jiwa yang tawaddu' pada Tuhannya.

No comments: