Monday, November 26, 2007

Hidungku berdarah...?

Ruangan doktor muda.


Pernah ke saudara2 di alam maya ini mengalami hidung berdarah ? Kebetulan sekarang penulis berada di posting otorhinolarynkology,jadi rasa ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan simptom ini.

Nak kata kerap berlaku kes ni...mungkin ya juga.tapi kalau di klinik,the 'top one' milik samada kes resdung atau jangkitan kuman telinga dalam yang kronik.Epistaxis dikira dalam kategori 'emergency'.Maknanya,jika tidak dirawat dengan segera,komplikasinya cukup hebat.

Di sekitar lubang hidung kita,atas sedikit ada suatu kawasan yang cukup terkenal sebagai 'source of bleeding' dalm epistaxis.Namanya cantik, Little's area.Ia cenderung untuk 'bleed' sebab kawasan ni adalah tempat pemusatan empat jenis cabang salur darah utama dalam hidung kita..kadang2 tangan kitalah yang jadi penyebab utama 'bleeding' ni.It has been proved that finger trauma to the nose is the commonest etiology for epistaxis.Jadi, jaga2 dengan tangan anda ye.Jangan kerap sangat menggaru2 hidung atau mengorek2 hingga boleh menyebabkan pendarahan.Bunyinya lucu, tapi itulah fakta.

Now, bila anda mengalami pendarahan hidung,usah panik.Bertenang..Ia tidak seteruk kes anda tidak dapat bernafas seperti dalam penyakit jantung atau2 paru2.Namun, hati2 jika anda biarkan, anda akan cenderung untuk mengalami kekurangan darah yang banyak dalam badan,seterusnya menyebabkan anda berada dalam keadaan 'shock'.Bila dah sampai ke tahap ini, 'prognosis' nya kurang baik.

Langkah pertama, 'First aid'.
Tundukkan sedikit badan anda sambil memicit kedua2 lubang hidung anda selama 5 minit.Dalam masa yang sama, boleh letakkan sedikit ais atas dahi.Ais ni fungsinya untuk mengecutkan salur darah kita,jadi bila dah kecut darah tidak banyak yang keluar.
Sekiranya masih 'bleeding'.....

Langkah kedua.'nasal packing'.atau maksudnya kita mahu tahan pendarahan hidung tu dengan menggunakan kapas yang dimasukkan dalam hidung.Untuk kesan yang lebih baik,better buat di klinik kesihatan.Tapi kiranya anda ada keuzuran,bolehlah cuba lakukan sendiri di rumah@ di mana2 tempat yang sesuai.Ambillah beberapa lapis kapas, masukkan ke dalam lubang hidung yang berdarah secara berlapis2.Kalau di klinik,kita boleh tambah BIPP,bismuth iodoform paraffin paste.Tentunya ada beza kesannya.Biarkan kapas dalam kapas tu selama 24 jam.Sekiranya gagal juga......masih berdarah,nak buat macam mana ye?

Langkah ni memerlukan anda ke hospital.Jadi kalau untuk rawatan awal di rumah sekadar itu yang mampu kita lakukan.Selebihnya jikalaulah pendarahan tersebut jenis yang teruk,kadang2 pesakit memerlukan pembedahan untuk mengikat salur darah yang menjadi punca pendarahan tersebut,yg ni kira final step...tapi kebiasaanya,kes yang 'common' boleh dirawat hanya dengan 'first aid' sahaja.

Em...harapnya saudara semua boleh faham.Jika ada pertanyaan sekitar ilmu perubatan dari Allah ni,dijemput soalannya di shoutbox @ bhg komen.Kira Dia mengizinkan, dijawab semampu yang boleh.Hakikatnya semua ini dariNya..Wallahu a'lam.

Jumpa lagi dalam siri berikutnya.

Thursday, November 22, 2007

Hari-hari yang berlalu

Hari ini diri rasa terpanggil untuk bercerita kehidupan di sekelilingku.

Sesungguhnya kita semua tentunya tidak mampu untuk tahu segala benda yang terjadi di alam ini.Kini penulis berada di bumi kubang kerian,lebih kecilnya di desa murni,lebih kecil lagi...
Dalam masa yang sama tentunya penulis tidak tahu apa yang berlaku di kota bharu,di Ipoh,di KL,di Indonesia,di kutub utara,di kutub selatan,dan tentunya di ruang langit yang penuh dengan kerahsiaan.

Saban hari,kehidupanku telah Dia taqdirkan untuk melihat apa itu doktor,apa itu jururawat,apa itu pesakit,apa itu kesakitan dan apa itu kematian.Di sekelilingku jua penuh dengan tangisan sahabat,seringkali daku melihat,kalau bukan melihat ia berlaku pada diri penulis sendiri.Kami telah ditulis di luh mahfuz bahawasanya datang kami ke bumi adalh untuk menerima ujian2 sebegini.Hiba disulam dengan syukur bila dianugerah kejayaan.Namun bila datang ujian sebaliknya,pedihnya menusuk hingga ke dalam.Air mata adalah perkara biasa di sini..kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan.Namun terkedu juga penulis bila terbaca dalm majalah ANIS sebentar tadi,ruangan Muhammad Widad.

" Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim melainkan dosanya dihapuskan oleh Allah Ta'ala kerananya.Sekalipun musibah itu hanya tertusuk duri."
{ HR Muslim }

Baru kelmarin,result posting orthopaedic terpampang di 'board department'.Begitulah hidup kami seharian di sini,seringkali nota2 begini memberi keresahan setiap kali selesai final exam di setiap posting yang kami jalani.Kalau kalimah LULUS yang tertulis disisi no matrix kami,maka ia bagaikan air sejuk yang mengalir perlahan di sudut hati kami.Namun jika Dia ingin menguji maka zikrullah lah ubat penawar jiwa kami yang sedang bergundah.Baru semalam jua,daku baru sahaja berkongsi rasa sayu dengan seorang sahabat yang dikasihi..moga peristiwa yang telah tertulis ini membuatkan jiwamu lebih kental sahabatku.

Penulis yakin,masing2 manusia diuji dengan cara mereka yang telah Dia taqdirkan.coraknya berbeza namun matlamatnya sama.Tidak lain untuk melihat siapa antara hambaNya yang benar2 beriman............

Jadi kepada seluruh jiwa yang menghuni bumi ini,bersabarlah kalian dan teguhlah dengan pendirian iman kepada Dia yang satu.

Wednesday, November 21, 2007

Qissoh qosir

Oleh: Ustaz Halim Abdullah
www.inijalanku. wordpress. com

Di akhir zaman, Allah tidak mengangkat Al-Quran dengan menghilangkan tulisan dan kitab, tetapi Dia mengangkatnya dengan mematikan para Huffaz (orang-orang Hafiz AL-Quran) dan para Ulamak. Perginya Syeikh Hasan Elyan bagaikan baru semalam tetapi hakikatnya dia telah pergi mendapatkan Kekasihnya lebih 10 tahun yang lalu. Di pentas antarabangsa, beliau kurang dikenali, tetapi di alam tajmik, tarbiyah dan riyadah (bukan riadhah), beliau menjadi buah mulut kawan dan lawan, di dalam Mesir dan teman-teman luar Mesir yang mengenali kehebatan dan sumbangannya.


Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya aku hendak memulakan penulisanku di pagi Rabu ini tentang detik-detik manis aku menziarahi beliau, kerana di saat ini aku menulis dengan lebih banyak air mata yang mengalir di pipi dari tulisan yang di taip di komputer.
Biar berdekad berlalu, nasihat-nasihatnya tetap segar diingatan, diukir dengan tinta emas di hati, menjadi bekalanku di Jalan Dakwah ini.


Satu hari, seorang teman Arab mengajak aku menziarahi Syeikh Hasan. Walaupun tempat sandar kereta Fiat lamanya senget ke belakang, namun kegembiraan dapat menziarahi seorang ulamak yang besar sumbangan perjuangannya kepada Dakwah benar-benar menyebabkan aku berasa tempat duduknya lebih enak dari sebarang kereta mewah di Malaysia yang pernah aku naiki. Sudah lama aku mendengar tentang Syeikh Hasan, kali ini peluang untuk melepas rindu. Kereta kami meluncur laju ke negeri Qalyubiah, di utara Kaherah.


“Cuma satu peringatan!”, kata teman. “Apa dia?”, tanya saya. “Kita hanya boleh jumpa tidak lebih dari 5 minit, kerana dia sakit jantung. Hal ini semua orang dah maklum”. Aku pernah dengar orang lain berkata peringatan yang sama, jadi aku menjawab, “Baiklah, saya pun pernah dengar peringatan seperti itu”. Walaupun kami tiba awal-awal pagi, namum aku dapati telah ramai orang sedang duduk menunggu di anjung rumahnya. Setiap pagi ada sahaja kunjungan manusia yang ingin bertanya soalan, khabar atau sekurang-kurangnya bertemu dan mendapat sepatah dua nasihat bimbingan seorang ulamak theqah seperti Syeikh Hasan, satu fenomena yang jarang kedapatan di Malaysia pada hari ini. Aku dan teman duduk menunggu giliran sambil mata menikmati pemandangan kebun tanaman di sebuah kampung di Mesir.


Giliran kami tiba, bila semua tetamu sudah beredar. Syeikh Hasan mungkin umurnya menghampiri 70an. Tangannya terketar-ketar kesan penyakit yang dialaminya, namun percakapannya lancar dan perkataannya jelas dan memberi kesan yang mendalam. Masa dah menghampiri 5 minit tapi aku masih belum puas mendengar kalimat-kalimatnya yang seperti aku sedang menadah guni menyambut mutiara-mutiara yang keluar dari mulutnya. Dia masuk sebentar ke dalam dan keluar membawa sarapan pagi. Aku memang suka sarapan pagi cara Arab, esh baladi (roti kampung), gibnah baladi (keju kampung dari susu kerbau), salatah (sayur mentah campur), tahinah dan lain-lain.


Kami khuatir sekiranya kami menyusahkan beliau di pagi itu. Dengan mengangkat sarapan dan sebagainya, tentulah akan memudharatkan kesihatannya. Tapi dalam masa yang sama hati kecil aku pula nampak, jika bersarapan bersama, tentulah masa pertemuan boleh memakan masa hingga lebih setengah jam, bukan sekadar 5 minit yang sudah pun berlalu.
Beliau terus memberi nasihat dan pengalaman diantaranya bersama kisah-kisah beliau bersama Imam Hasan Al-Banna sendiri. Ketika itu beliau masih di bangku sekolah menengah. Kesempatan pendik blog ini saya bawa nasihat beliau tentang tarbiyah anak-anak. Beliau menyebut terdapat para Duat yang berjuang di Jalan Dakwah tetapi anak-anak mereka berselerakan terbiar tanpa terlibat dalam jalan yang ayah ibu mereka perjuangkan. Ketika itu, ia suatu berita yang pelik bagi aku, bagaimana si ayah dan ibu berjuang dan berkorban ke satu arah tertentu sedang si anak berjuang ke arah yang berbeza dalam hidup. Namun, setelah kembali ke Malaysia, apa yang beliau cerita yang berlaku di Mesir, lebih parah berlaku pada ramai mereka yang aku kenali maupun yang aku dengar di Malaysia yang serba Boleh ini.


“Anak-anak kita mesti dididik dengan Tarbiyah Islam yang tersusun, bersungguh, berterusan, ….barulah nanti mereka menghayati dan berjuang di dalam Jalan Dakwah ini. Baru lah mereka menyertai bersama kita sebagai ayah-ayah mereka”, ujar beliau. Kami mengangguk-angguk.

Mudahnya logik ini, takkan para Duat tak faham-faham, fikirku. Takkan si ayah rela anaknya berjuang arah lain. Aku sendiri tak rela. Takkan mudah sebegitu sahaja ikut Jalan Dakwah, tentulah mesti melalui proses Tarbiyah Islam yang tersusun, bersungguh, berterusan dsb.
Setelah itu Syeikh Hasan menyambung lagi, “dan mereka (anak-anak) tidak mungkin sertai Jalan Dakwah ini sekadar si ayah mengajak dengan berkata “Hoi anak tak guna! Masuklah dalam Dakwah ni!”. Betul juga, fikir ku. Macamana si anak nak masuk Jalan Dakwah, hanya dengan ajak macam tu, tanpa tarbiyah, pengawasan, perancangan dan penglibatan aktiviti yang berterusan. Dalam masa yang sama, hati aku tercuit geli hati kalau ada ayah yang buat macam tu. Nak ambil jalan mudah dan shortcut tanpa usaha yang sepatutnya, hasilnya tidak terjamin.

Geli hati tak tertahan lalu aku mula ketawa, temanku juga ketawa lalu Syeikh Hasan juga ketawa. Memang orang Mesir suka berjenaka, berbanding Arab negara-negara lain. Hairannya ketawa kami berpanjangan, tak tertahan. Hai …camana boleh berhasil ajakan ayah seperti itu.
Pulang ke Kaherah, aku bertemu dengan seorang lagi rakan dan bercerita pengalaman bertemu Syeikh Hasan Elyan. Dia bertanya, “Pertemuan 5 minit ke?”. Aku menjawab gembira, “Lebih setengah jam, bahkan kami bersama-sama ketawa sahaja memakan masa lebih 5 minit!”.


Selang beberapa tahun selepas ziarah yang bersejarah itu, Syeikh Hasan meninggal dunia. Berita kematian hanya aku ketahui beberapa hari selepas itu. Aku menegur seorang lagi teman Arab kerana tidak memaklumkan kepada aku pada hari kematian Syeikh Hasan. Dia menjawab, “Aku tahu, engkau seorang yang harus dimaklumi tentang kematiannya, dan aku tahu engkau pasti akan ke negeri Qalyubiah untuk menziarahi jenazahnya walaupun jaraknya jauh dan engkau sanggup menangguh kerja-kerja yang lain, tapi aku juga tahu engkau mempunyai tugas yang banyak di Kaherah. Oleh itu sengaja aku tidak memberitahumu” . Ketika di Mekah tahun 1996, aku memaklumkan berita kematian Syeikh Hasan Elyan kepada teman rapatnya, Syeikh Abdul Sattar, seorang ulamak hadis di Saudi Arabia (kini juga telah meninggal dunia). Berita kematiannya disambut oleh beliau dengan kesedihan dan doa.


Semoga Allah merahmati para ulamak di Jalan Dakwah ini, meluaskan kubur mereka, mengampunkan kesalahan-kesalahan meraka, menerima amal Dakwah dan Jihad mereka dan ditempatkan bersama Ramsulullah saw di Syurga Firdaus yang tertinggi. Nasihat-nasihat beliau temasuk mengenai Tarbiyah Anak-anak di Jalan Dakwah ini akan terus aku dan isteri patuhi dan usahakan walau banyak mana masa dan harta yang mesti kami ikorbankan.

“Ya Allah, kurniakan kepada kami isteri-isteri dan zuriat kami sebagai penyejuk mata. Dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan:74)

Tuesday, November 20, 2007

The agitated horse




It is reported that Usayd ibn Hudayr said that while he was reciting Surat al-Baqara in the night with his horse tethered beside him, the horse became agitated. When he was silent, the horse quieted. Then he recited and the horse became agitated again. He fell silent and the horse became quiet. Then he recited again and the horse became agitated, so he stopped. His son Yahya was close to the horse and he feared that the horse might step on him.. When he moved him from the place and looked towards the sky, he could not see it.


In the morning, he told the Prophet, peace be upon him, who said, "Recite, Ibn Hudayr! Recite, Ibn Hudayr!" He said, "Messenger of Allah, I was afraid that it would tread on Yahya since he was close to it. I lifted my head and went to him. Then I looked up to the sky and there was something like a cloud containing lamps. I went out so that I would not see it." He asked, "Do you know what that was?" "No," he answered. He said, "Those were the angels who had come near to your voice. If you have continued reciting, the people would have seen it in the morning as it would not have been concealed from them."

Abdullah ibn Khabbab also has this hadith from Abu Sa'id al-Khudri from Usayd ibn Hudayr. -Sahih Bukhari, Chapter 69, Book of the Virtues of the Quran, Hadith No. 4730

Syukur yang dilupakan...

Alhamdulillah,segala pujian untuk Allah,pemelihara kita dari segala bencana.Setiap hari kita lalui hidup dengan berlalu begitu sahaja.Pernahkah kita sedari dalam masa hanya satu hari,bermacam2 kejadian berlaku di serata pelusok bumi yang berpenghuni.Ada yang tiba2 terjatuh dari tangga,ada yang tersepak batu,ada yang terlanggar tiang,ada yang tiba2 kemalangan jalan raya,ada yang diserang ribut taufan,malah ada yang masanya telah tiba untuk dipanggil ke alam lain...

Hari2 berlalu...namun sedikit sangat kita melafazkan jua menghayati makna syukur.Setiap masa dan ketika Dia menjaga kita dari bahaya dan bencana.Sudahlah begitu,diberinya pula bermacam2 rupa nikmat yang tak terhitung dengan nombor yang wujud dalam sistem angka sekarang.Cubalah ambil seluruh daun2 dari setiap jenis pokok yang hidup atas tanah,yang kecil ke,yang besar..ambil semua dan jadikan ia sebagai pensil.Kemudian,himpunkan seluruh titisan air lautan di seluruh benua,termasuk anak2 sungai dan mata air,jadikan ia sebagi tinta.Satukan daun dengan lautan dan gunalah ia untuk menulis dan menyenaraikan setiap persatu nikmat Allah..ambillah masa bertahun2,itupun jika kamu masih hidup guna buat menghabiskan kerjamu mencatit nikmat Allah.Nescaya...dan percayalah,kamu tidak akan berhasil !

Subhanallah..itu baru satu sudut dari kebesaranNya.Jika kamu mengorek lebih dalam,tidak mustahil kamu akan LOC ( loss of conciousness )..kerana akal jua jiwamu tidak mampu menanggung keagunganNya.

Maka bersyukurlah wahai insan..kerana ia bukan sunat,bukan juga mustahab.Tapi ia adalah fardhu.Namun kita seringkali 'miss'..Jika kamu bersyukur,ketahuilah Dia akan menambahkan lagi nikmat kepadamu.Sebaliknya,jika kamu kufur dengan nikmat itu,kamu gunakan buah2an,sayur2an,segala bijirin untuk semata2 memenuhkan perut dengan nafsu kemudian menggunakan tenagamu untuk memikirkan perkara kejahatan,berasa hasad dan buruk sangaka,atau kamu gunakan untuk menindas manusia lainnya dengan cara memukul,atau menggunakan tanganmu untuk menulis perkara2 yang mengaibkan saudaramu atau segala apa sahaja yang caranya batil di sisi Allah,maka takutlah wahai insan..azab sedang menantimu.Nauzubillah...

Duhai insan,
Mari kita kembali kepadaNya.Doakan sama2.

Thursday, November 15, 2007

Aku lebih baik dari dia..

" Seorang dai'e haruslah memberi kesan kepada objek da'wahnya bahawa dia tidak merasa lebih atas objek da'wahnya atau merasa berbeda dengan mereka "

Dari kitab Fiqh al-Da'wah, Jum'ah Amin Abdul Aziz.

Sungguh cantik susunan kalamnya.Tersirat pula ma'nanya.Bila kali pertama ana membaca ayat di atas, bagai ada angin ketenangan yang meniup daun pintu hati.Terasa juga bagai dihiris pedang, lantaran rasa dosa selama ini yang kadang2 tanpa disedari, diri bisa merasa ilmunya lebih bila mengajak manusia kepada kebaikan.Astagfirullah...setidak2nya Dia telah memberi petunjuk akan hakikat sebenar indahnya dan tulusnya erti da'wah.

Kerana apa kita perlu merasa lebih ?
Sedangkan ilmu kita ini adalah ilmu milik Dia.Hak Dia, bukan kepunyaan kita.Dia hanya memberi pinjam,juga sebagai anugerah.Tetapi hakikatnya kita bukan pemiliknya..

" Jalinlah ikatan hati dengan manusia.Janganlah engkau perangi mereka sehingga kalian menda'wahinya.Sesungguhnya tidak ada ( di atas muka bumi ini ) penduduk kota maupun desa,kecuali kalian akan datang bersama mereka dalam keadaan muslim.Yang demikian itu lebih aku cintai daripada kalian datang kepadaku bersama isteri-isteri dan anak-anak mereka, kerana kaum lelakinya kalian bunuh " { HR Tirmidzi }

Perbanyakkanlah mengingati akhirnya kita di mana.Mudah-mudahan boleh menganjakkan kita untuk lebih ke depan dalam arena da'wah.Tanamkan dalam hati bahwa diri menginginkan kebaikan pada manusia lain sepertimana Dia telah memberikan kebaikan pada diri ini.

Di sini,ana banyak bertemu dengan manusia yang 'title'nya belum Islam.Sungguh sikit usaha untuk membangunkan kebenaran dalam jiwa mereka.Sebaliknya sibuk berurusan hanya dalam soal akademik.Diri mengharapkan moga da'wah bilhal bisa memberi kesan, tapi sampai bila ?
Kalau pernah bertanya hanya bersifat 'superficial'.

" kamu pernah berpuasa ? cubalah...best puasa ni. " sekadar itu yang terbit.

Semoga Allah menambahkan ilmu,iman dan amal,seterusnya dapat pula kita sama-sama menyelamatkan diri sendiri juga yang lain.


" Tidaklah aku bermaksud kecuali kebaikan semampuku, dan tidaklah aku mendapat taufiq (pertolongan ) kecuali dari Allah.. { Surah Hud : 88 }

Wednesday, November 14, 2007

Dua'



“O Allaah, place light in my heart, light in my tongue, light in my hearing, light in my sight, light behind me, light in front of me, light on my right, light on my left, light above me and light below me; place light in my sinew, in my flesh, in my blood, in my hair and in my skin; place light in my soul and make light abundant for me; make me light and grant me light.”

Monday, November 05, 2007

Roda-roda kehidupan mukmin


Mukmin Sejati Bercirikan Sifat Orang Beriman. Sebagaimana di dalam Al Quran atau Hadith, banyak diungkapkan tentang sifat dan ciri-ciri orang yang beriman di antaranya :

Ciri Pertama

Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:

"Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan."
(Surah An Nahli: 97)

Kehidupan Toyyibah yang dimaksudkan adalah tersimpul di dalamnya segala kenikmatan dan kebahagian, baik yang bersifat jasmaniah atau rohaniah, bukan sahaja di dalam kehidupan di dunia ini tetapi juga kehidupan di akhirat kelak.

Ciri Kedua

Seorang mukmin sejati ialah seorang yang sentiasa membuatkan menafaat baik untuk dirinya sendiri mahu pun terhadap orang lain. Islam telah meletakkan beberapa larangan terhadap perbuatan yang merosak dan merugikan, baik terhadap peribadi atau masyarakat. Umpamanya berzina, berjudi, minum arak dan berbagai perkara yang merosakkan diri dan masyarakat. Orang lemah imannya tidak mampu mengendalikan dirinya terhadap larangan tersebut, walaupun dia menyedari akan akibat buruk yang akan ditempuh. Berbeza halnya dengan orang mukmin yang kuat imannya. Dia sentiasa berusaha menghindarkan perbuatan yang merugi dan merosakkan dirinya dan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda

"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain."

Ciri ketiga

Orang mukmin sejati ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri.

"Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan. "
(Al Fatihah: 5)

Ciri Keempat

Sebagai orang mukmin yang sejati, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil. Dia selalu berpegang kepada petunjuk Ilahi sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir."
(Yusuf: 87)

Ciri Kelima

Orang yang beriman tidak menyesali keadaan yang ada pada dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya atau gagal. Di waktu bertemu dengan kesusahan dan kemiskinan, kekalahan dan kekecewaan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Hendaklah sentiasa yakin dan faham bahawa setiap perbuatan dan hal itu daripada Allah s.w.t yang tentunya mempunyai hikmah dan kebaikan yang kita tidak tahu.

Berkata ulama sufi:

"Keputusan Allah telah putus dan hal telah terjadi. Oleh itu rehatkanlah hatimu dari perkataan andaikata dan kalau."

Firman Allah:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."
(Al Baqarah: 216)