Friday, January 18, 2008

Episod Akhir

Sekarang ana baru sahaja selesai posting surgery.Banyak pengalaman dan peristiwa yang menambah erti pada harga sebuah kehidupan.

Sungguh benar firman Allah yang menyebut perihal manusia apabila sampai umur tuanya,maka seolah2 keadaannya ibarat waktu dia baru sahaja dilahirkan mengenal apa itu dunia.Berjalan di sepanjang wad pembedahan,luluh jua hati melihat.Apatah yang terlantar sakit itu di kalangan pakcik dan makcik yang umurnya seperingkat dengan umur orang tuaku.

Ramai juga pesakit yang ditempatkan di sini biasanya adalah di kelompok 'terminally ill patient'.Maksudnya harapannya untuk sembuh amat mustahil.Biasanya pesakit ini para doktor hanya mampu menolongnya untuk menghilangkan kesakitan dan mengoptimumkan 'function'.Tidak lebih dari itu.

Malam itu,ana berkesempatan dengan izinNya jua,melangkah kaki menuju wad.Niatnya ingin menggantikan satu malam ana ter'miss' oncall,sebab esoknya exam.Em,doktor ada jua menyapaku,mengapa masih oncall hari minggu ?

Tersenyum juga ana.Lantas ana beritahu jua sebabnya.Entah kenapa hati ini tidak akan tenteram sehingga 'hutang' selesai dilangsaikan.Alhamdulillah,jauh di sudut hati,ana bersyukur diberi kekuatan untuk menunaikan amanah.Ana boleh sahaja tidak pergi ke wad,namun mungkin di dunia tiada sipa yang tahu,tapi bagaimana mungkin ana menghadapi soal jawab dengan zat yang Maha Agung di mahkamah yang tidak akan meninggalkn walau sebesar zarah kesalahan manusia? yang terang mahupun tersembunyi segalanya tidak akan terlepas dari dipersoalkan.

Waktu itu ana sedang mengalunkan surah As-Sajadah di bilik tempat menunggu pesakit.Sambil cuba menatapi maksud dan mengusahakan hati agar khusyu' menghayati warkah dari Tuhanku,tiba2 ana terlihat keranda usungan dibawa masuk ke dalam wad.Ooh...suatu lagi peringatan Tuhan untukku.Rupa2nya uncle yang sebelum ini berperang dengan barah usus,kini rohnya sudah dipanggil kembali kepada Tuhan yang menciptakannya..

" Ya Tuhan,seandainya tubuh itu adalah tubuhku, adakah rohku akan selamat menemuiMu dalam keadaan Engkau redha padaku.." bisik hati kecilku.

Rasulullah menyebut,orang yang paling cerdik,paling bijak,paling genius di sisi Allah,adalah orang yang paling banyak mengingati mati.Bukannya yang pintar itu IQ nya melebihi norma,bukan juga yang petah berhujjah namun hujjahnya tidak bersandarkan pada lunas wahyu.Kematian tentunya akan menghentikan segala kerja buat yang mengundang murkaNya dalam apa jua bentuk.Ia akan menundukkan nafsu automatik,dan memandu insan untuk bersemangat dan bersegera melakukan kebaikan,sebelum roh dipanggil untuk pulang.

......sambungan

Episod baru.Posting Accident & Emergency.


Alhamdulillah selesai sudah seminggu ana berada di posting kecemasan ini.Kalau dulu,posting surgery episod pilu dan sedih menyelubungi wad 2 Intan,kini episod baru lebih tragis.Dulu,pesakitnya menghadapi kematian dalam keadaan beransur2 ,namun lain di sini biasanya kematian itu akan berlaku di depan mata,sejurus selepas pesakit ditolak masuk ke zon MERAH.

Sewaktu ana masih 'fresh' menyesuaikan diri di sini,Allah telah memulakan tarbiyyah awal.Hari pertama,ada suatu kes 'accident' yang dirujuk dari HRPZII.Pesakit ini tiba dalam keadaan tidak sedarkan diri,dan dia tekanan darahnya juga dalam situasi kritikal.

" You...plz,tolong ganti tempat saya.Keep ambubagging this patient.." Ujar seorang doktor.Waktu tu,ana belum mengenali sangat nama2 doktor,masih baru.

Pantas ana menyambut.Itulah kami pertama ana memberi bantuan pernafasan pada pesakit yang 'real'...dan kritikal.Life threathening condition.Sebelum ini hanya buat pada patung di skill lab.

" ..every 5 seconds ,you press once." Dr said.

" dr...how deep should I press this ? " ana meminta kepastian.

" Just..one third,should be enough."




Alat yang dipanggil Ambu bag

Hampir sepuluh minit juga ana ambubag pesakit tu.Kalu bukan kerana mendapat panggilan kelas kecemasan,mungkin tangan ana terpaksa bertahan lebih lama.Selesai kelas,ana menuju kezon Merah untuk melihat keadaan pesakit tadi bagaimana.Allah lebih sayangkan dia,waktu ana sampai di katil,pembantu perubatan telah pun siap sedia mengikat kakinya yang mula sejuk dan membungkusnya dengan cadar putih.Begitulah episod kehidupan seorang insan.Dia datang dari Allah,maka sudah pasti sampai masa Allah memanggilnya kembali.Kita hidup untuk Allah,mati juga untukNya.

No comments: