Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.
"Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.
"Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.
"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.
"Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut."Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.
"Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.
"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.
"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa.
"Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.
"Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.
"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa."Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.
"Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula."Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?"
"Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.
"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari Malaikat Pendakwa."Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka.
"Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a.Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu.. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.
"Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.
"Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab Menteri Besar lemah."Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa.
"Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan Menteri Besar tersebut.
"Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa.
"Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina." bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.
"Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.
Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar.Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.
Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita "Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya tidak akan kekal.Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian.Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi. Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.
" Ya Allah,berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " { As- Syuara' : 83 }
Tuesday, February 26, 2008
Sunday, February 24, 2008
Ummu dan kehidupan
Maha suci Allah, Tuhan pentadbir serata alam.Selawat atas Rasul junjungan, para ahli bait dan juga seluruh sahabat baginda.
Putaran kehidupan ini sungguh ajaib.Bila ummu menyingkap semula tabir peristiwa yang mewarnai kehidupan di waktu silam, dan diingat kembali satu persatu, banyak hikmah yang terkandung dalamnya.Setiap manusia, ibu ummu, abah ummu, abang ummu, kakak ummu, dan sahabat ummu...tentunya jalan liku rona kehidupan mereka berbeza-beza.kalau tidak diceritakan, kita mungkin tidak tahu bahawa kata Allah itu benar, " tidaklah Aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia "
Kehidupan ummu contohnya.Ada turun...ada naiknya.Ada ketika ummu berduka, ada ketika ummu senang hati.Ada waktu ummu berasa begitu dekat dengan Tuhan, ada waktu ummu rasa kejauhan.Pendek kata, kehidupan ummu tidak statik.Ia sentiasa dinamik dan setiap pergerakannya memberi erti sesuatu.
Kadang-kadang ummu hilang akal.Tidak ketahuan matlamat arah tujuan kehidupan.Jalan di hadapan nampak kelam,sukar dan tidak memotivasikan.Namun Dia kuatkan kembali..biasanya begitu.Suatu-suatu perasaan itu biasanya tidak lama.Kadang-kadang ummu berasa begitu jelas aim hidup ummu untuk apa.Jalan di hadapan nampak mudah dan lancar.Dan bergeraklah ummu dengan penuh keyakinan.
Timbal balik, bila difikirkan ummu cukup rasa kebesaran Allah.Dia maha agung, maha bijaksana untuk mencipta sebuah kehidupan yang sebegini bagi ummu seorang manusia.Kita mungkin belum tahu lagi kehidupan makhluk lain, kucing yang ummu sayang, ayam di reban, lambu di kandang, burung yang hari-harinya bebas berterbangan di angkasa, ikan yang berenang dengan senangnya di laut dalam...banyak lagi.Mungkin kalau kita boleh bersembang dengan mereka, tentunya ada hikmah yang lagi menakjubkan.
Ummu sangat suka bila memikirkan tentang alam dan ciptaan Tuhan.Sangat senang bila dapat menjiwai kemanisan mengenaliNya...
Ummu ada kelas.Minta maaf, perlu berundur dulu.Kita sambung lain kali bercerita tentang keagungan Tuhan.Ilalliqa'.

Saturday, February 23, 2008
Palu Godam Monarki
Ahmadinejad semasa kecil dapat menamatkan pendidikan hingga ke peringkat menengah di Tehran, antara lain di sekolah Sa'adi dan Danesymand.
Pada era pemerintahan Syah Pahlevi sekitar 1970 an..
- Iran memiliki angkatan laut terbesar di Timur Tengah
- angkatan tentera meningkat dari 200, 000 ke 410 000
- 202 helikopter perang
- 160 jet F16, 209 jet F4, 3 unit Spruance, 10 unit kapal selam
Pada awal tahun 1970 an..keluarga Pahlevi adalah usahawan paling kaya di Iran.Amalan birokrasi semakin memuncak.Amalan rasuah juga kepentingan pada kroni-kroni menjular di sekitar pegawai-pegawai tinggi kerajaan.Walaupun pada waktu itu,ekonomi Iran berkembang pesat dengan kemajuan perusahaan minyak, nmaun jurang semakin membesar antara golongan kaya yang berkepentingan dan juga penduduk miskin di luar bandar.
Amir Taheri, seorang penulis terkenal di Iran sebelum zaman Revolusi, dalam bukunya The Spirit of Allah menggambarkan perusahaan2, pasdar raya, panggung wayang, kasino, gedung opera, hotel gaya Amerika, pusat hiburan yang ada di seluruh Tehran pada waktu itu ibarat ' diimport dari planet lain'.Iran yang sebenar katanya, tetap tersembunyi di lorong2 sempit, masjid, khemah2 peniaga kecil dan sekolah2 Islam yang mementingkan Al- Quran.
Ahmadinejad sendiri tumbuh seperti pemuda biasa, jauh dari gambaran alien.Dia masih lagi anak kepada tukang besi, malah dia dilihat lebih alim dibanding dengan rakan sebayanya.Mungkin ini hasil didikan ibunya, Saiyed Khanom, yang selalu memakai purdah hitam apabila pergi kemana-mana.Dia mempunyai minat dan berbakat memahami Quran sejak kecil.Pada tahun 1975, dia diterima sebagai mahasiswa fakulti teknik perundangan di Universiti Sains dan Teknologi Tehran.Dalam peperiksaan akhir ,dia mendapat tempat nasional 130 ,suatu keputusan yang mengejutkan nbagi seorang anak tukang besi.
Bersambung....

Monday, February 18, 2008
Singgah atau Ziarah ?
" Lawatilah orang yang tidak pernah melawati anda dan berilah hadiah kepada orang yang tidak pernah memberi hadiah kepada anda "
{ HR Al- Bukhari }
em..peluang kita cukup besar sahabat-sahabtku.Jaraknya cuma mungkin tidak sampai 1 km untuk kita sampai ke pintu wad.Tidak perlu untuk membeli tikat bas, atau mengeluarkan wang untuk minyak kereta.Kita mampu untuk hanya berjalan kaki ke sana.Tinggal lagi bilik tidur kita nanti adalah dalam wad itu sendiri ! ya..mungkin,bila kita ditaklif sebagai HO.
Maha suci Tuhan,Pemelihara sekalian hidupan,Pentadbir ekosistem,Pengawal dari segala ketidakseimbangan sistem bumi yang ajaib.
Dalam hati,timbul kerisauan.Takut2 bila dah terbiasa, diri tidak lagi mengniatkan pertemuan dengan pesakit yang terlantar itu sebagai salah satu tujuan ziarah.Bukan sekadar bertanya perkembangan kesihatannya untuk tujuan rawatan semata, tapi apa yang diri harapkan adalah lebih dari itu.Indahnya nanti kiranya kita semua boleh memusatkan dalam hati, sapaan khabarku ini, diniatkan juga untuk menyahut seruan hadith di atas.Didoakan moga sistem nilai kasih sayang dan saling memberi semakin subur di kalangan perawat dan yang menerima rawatan.Tidak kiralah dia itu muslim, atau belum muslim...semarakkanlah unsur kasih, simpati, mengambil berat kerana Allah.Tidak ada niat selain itu.InsyaAllah diri yakin andai ini menjadi pakaian kita sehari-hari di wad, suatu biah yang tenang dan sungguh harmoni akan terwujud dalam keluarga besar kita di wad ini.Hasilnya tentunya adalah bertambah besar peluang untuk pesakit kita sembuh kerana ilmu perubatan itu sendiri telah mengakui faktor terbesar dalam proses penyembuhan adalah datang dari 'higher centre' yang kalau difahami adalah berkaitan dengan benda yang berada jauh di lubuk hati kita,yang mengawal emosi, perspektif dsb.Kerana sistem imun dalam badan kita akan gagah sekiranya jiwa kita GAGAH ! untuk gagah jiwa, kita perlu gagah rohani.Untuk gagah rohani, kita perlu 'ummph' dalam iman.
Kini, ummu sulaim berada di wad 'bidan'.Alhamdulillah...segala pujian untukNya.Tidak pernah terfikir waktu kecil-kecil dahulu yang ummu akan menjadi bidan.Gerun ada juga melihat peritnya kesakitan ibu2 yang berhempas pulas untuk anaknya yang tidak sabar2 mahu keluar.Bermacam reaksi yang dilihat,ada yang boleh bersabar,maka kuranglah rengeknya.Tapi kalau yang mungkin kesakitannya agak berat @ mungkin juga kesabarannya masih kurang mampu, maka jadilah 'labor room' itu ibarat bilik orang2 yang histeria.Kadang2 bunyi pekikannya boleh kedengaran sampai ke luar.namun ummu berbangga keran rata2nya ibu2 muslim semuanya begitu tabah bersabar .Mulut mereka tak pernah lepas dari bacaan-bacaan selawat dan ayat2 yang memudahkan bersalin.Nurse juga tidak kering dari bacaan Bismillah setiap kali kepala bayi mula menonjol keluar.Tahniah saudara2ku.Teruskan istiqamah!
Ummu perlu berhenti di sini.Ada kelas 'multiple pregnancy' lepas ni.Untuk bakal ibu2, rebutlah peluang ampunan dosa dari Allah untuk mereka2 yang bersabar dalam melahirkan anaknya,insyaAllah.Jumpa lagi.
Sunday, February 10, 2008
Vitamin Z
Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus,ayat 57 :
" Wahai umat manusia ! sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,serta membawa rahmah bagi orang-orang yang beriman."
Zaman kita sekarang ini zaman yang mencabar.Rata-rata kita melihat hati-hati manusia kini sedang menderita penyakit yang tenat.Bermula dari sebesar-besar dan seterang-terang simptom tenat yang berupa maksiat secara zahir sehinggalah sehalus-halus virus yang menyerang sel-sel hati yang parahnya lagi teruk tapi tersembunyi.
Dari dulu hingga kini.Pokok perbincangan berlegar di topik yang serupa.Saling menunding jari,jarang-jarang sekali ada pihak yang berlepas diri dari episod yang tak memberi faedah ini.Kecil pula bilangan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah dengan memperbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan pihak lain.
Natijahnya, statistik PDRM pada 2004 menunjukkan setiap hari :
1) 1.5 orang dibunuh
2) 4.7 dirogol
3) 68.2 kes pecah rumah
4) 23.6 kes kecurian kereta
5) 141.3 motosikal hilang
6) 41.9 kes rompakan
Subhanallah angkanya bukan merudum,tapi semkain gah meninggi.Puncanya kerana berleluasanya virus hati yang menunjukkan 'virulence' yang semakin meningkat.Hanya vitamin Z yang mampu mengawal virus ini.Walaupun ia sekadar vitamin, ia bukan calang2 vitamin.Klau sebelum ini vitamin sifatnya hanya diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit dan berbahaya jika berlebihan, vitamin Z ini sifatnya berlainan.Jika semakin banyak dibekalkan semakin baiklah potensi penyembuhan.Vitamin Z ini tidak perlukan belanja duit yang besar walaupun hasilnya sungguh menakjubkan ! dan ia terdapat di mana2 sahaja, mudah diperolehi.Bukan sifatnya duduk hanya pada kedai2 farmasi yang 'high standard', malah di kedai2 kopi pun ada stoknya.Pelik sungguh vitamin Z ini.Ia bukanlah penawar yang baru ditemui di era ini, ia dah lama wujud berabad2 lamanya bahkan tidak diketahui bila spesifik tarikh penemuannya.Cumanya yang menyebakan ia nampak tersembunyi dan tidak popular hanyalah kerana manusia tidak mahu menjalankan penyelidikan yang mendalam pada keberkesanan vitamin ini pada sisitem ekologi kehidupan keseluruhannya,bukan hanya pada manusia.
Vitamin Z ini ialah ....vitamin Zikrullah.Ia bertindak sebagai ' defense barrier' pada hati.Semakin tebal ia,semakin susah bagi virus untuk menerobos masuk.Semakin bersinar ia semakin gelisah virus itu kerana persekitaran suhu yang tidak sesuai boleh membantutkan fungsi normalnya. dan jadilah ia virus yang dorman.Begitulah juga andainya barrier ini tiba2 menipis,dan...virus ini akan kembali aktif dan memecah masuk menyerang kembali hati.Kiranya tiada langkah penyembuhan,lama kelamaan hati ini akan sampai pada peringkat penyakit hati yang kronik yang akhirnya membawa pada kegagalan hati.Bila hati gagal...bercambahlah cendawan-cendawan maksiat yang lebatnya bak baru disimbah hujan.
Al-Quran.Cukuplah ia sebagai penawar buat segala penyakit hati.

Monday, February 04, 2008
Multiple Myeloma
Alhamdulillah ,Dia memberi lagi keizinan untuk ana menyambung ruangan doktor muda.
Seminggu cuti ni ,berjuang berkorban masa cuti.Kampus bertukar jadi senyap sunyi.Pintu bilik jiran2 ana juga bertutup rapat.'kesik' juga bila duduk dalam keadaan begini,tapi cepat2 ana menepis.Kiranya benar ana membenarkan bahawa di sana tiada sesuatu yang patut kita takut hanyasanya Allah s.w.t,tidak sepatutnya ana membiarkan mainan perasaan itu terus menguasai diri.
Berjihad..sudah hampir 3 hari kami 'barisan calon exam final' bertempur di tingkat atas Dewan Nurani.semalam sudahnya pukul 1 pagi lebih.Mengantuk cuba dilawan sekuat mungkin.Mujurlah ada sahabt yang bermurah hati menjamu limau dan kuih apam.Setidak2nya ada sesuatu yang boleh 'inhibit' kami dari terus terlena dengan mata yang terpejam.
Segal puji bagi Allah..Ingatlah Dia selalu.
Dalam study..dalam berbincang..dalam mengeluarkan pendapat..hasilnya kita akan sentiasa terpandu.Ana ditaklifkan ala2 penjaga masa dalam sg.ada sahaja bias2 perbincangan akan meleret2, maka tugas ana untuk menarik kembali ke pokok perbincangan asal.Tujuannya untuk fokus,kerana masa sudah 'kritikal'.
InsyaAllah ana doakan sahabah2 sekalian jua ana dikurnia kejayaan yang berkat.
Semalam tugas ana membentangkan Multiple Myeloma.Penyakit ni tidak sekerap insiden kencing manis atau sakit jantung yang sememangnya terkenal di Kelantan ni.Akarnya ia adalah berpunca dari masalah di peringkat pembahagian sel dalam tulang sumsum kita.Ia secara abnormalnya menghasilkan satu jenis 'paraprotein' dari sel plasma yang mana protein inilah yang akan mengganggu sebahagian sistem dalam badan kita.
Biasanya pesakit ini akan mengalami simptom kurang keseluruhan sel darahnya termasuklah sel darah putih,merah dan platlet.Akibatnya pesakit akan menjadi pucat dan mudah mendapat jangkitan.Ia juga boleh memusnahkan tisu2 tulang kita menyebabkan tulang belakang kita akan patah,justeru pesakit akan datang dengan mengadu sakit belakang.
Ia juga menggangu sistem buah pinggang kita dan boleh menyebabkan komplikasi 'kegagalan fungsi buah pinggang'.Maha suci Allah,setakat ini belum ada lagi rawatan' curable' untuknya.Biasanya pesakit ini tempoh hayatnya paling lama mungkin hanya 4 tahun sahaja.
Em...bercakap tentang 'curable' ni.Ada seorang doktor di jabatan perubatan,pengkhususan di bidang onkology,pernah menyebut bahawa sebenarnya tidak patut kita sebagai seorang Islam yang meyakini bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali maut, membenarkan sahaja hasil eksperimen saintis yang mengatakan penyakit ini ..penyakit itu...tiada ubatnya.katanya, bukan ubat yang tiada tapi kita yang tidak cerdik kerana masih belum mampu mengkaji di mana sumber ubat untuknya.Terkedu juga ana,kerana doktor juga turut mengaitkan dengan masalah akidah.Alhamdulillah, bersyukur walau tidak ramai, sekurang2nya doktor itu berani ke hadapan membangkitkan persoalan iman dalam profesyen perubatan ni.
Mari kita bermuhasabah hari ni sebentar.Nilailah hari semalam..cari di mana bengkoknya.Jika berpeluang,betulkanlah pada hari ini.Moga sinar hari ini lebih cerah dari semalam..bertemu lagi, insyaAllah.

Labels:
doktor muda
Subscribe to:
Posts (Atom)