Monday, February 18, 2008

Singgah atau Ziarah ?

" Lawatilah orang yang tidak pernah melawati anda dan berilah hadiah kepada orang yang tidak pernah memberi hadiah kepada anda "
{ HR Al- Bukhari }
em..peluang kita cukup besar sahabat-sahabtku.Jaraknya cuma mungkin tidak sampai 1 km untuk kita sampai ke pintu wad.Tidak perlu untuk membeli tikat bas, atau mengeluarkan wang untuk minyak kereta.Kita mampu untuk hanya berjalan kaki ke sana.Tinggal lagi bilik tidur kita nanti adalah dalam wad itu sendiri ! ya..mungkin,bila kita ditaklif sebagai HO.
Maha suci Tuhan,Pemelihara sekalian hidupan,Pentadbir ekosistem,Pengawal dari segala ketidakseimbangan sistem bumi yang ajaib.
Dalam hati,timbul kerisauan.Takut2 bila dah terbiasa, diri tidak lagi mengniatkan pertemuan dengan pesakit yang terlantar itu sebagai salah satu tujuan ziarah.Bukan sekadar bertanya perkembangan kesihatannya untuk tujuan rawatan semata, tapi apa yang diri harapkan adalah lebih dari itu.Indahnya nanti kiranya kita semua boleh memusatkan dalam hati, sapaan khabarku ini, diniatkan juga untuk menyahut seruan hadith di atas.Didoakan moga sistem nilai kasih sayang dan saling memberi semakin subur di kalangan perawat dan yang menerima rawatan.Tidak kiralah dia itu muslim, atau belum muslim...semarakkanlah unsur kasih, simpati, mengambil berat kerana Allah.Tidak ada niat selain itu.InsyaAllah diri yakin andai ini menjadi pakaian kita sehari-hari di wad, suatu biah yang tenang dan sungguh harmoni akan terwujud dalam keluarga besar kita di wad ini.Hasilnya tentunya adalah bertambah besar peluang untuk pesakit kita sembuh kerana ilmu perubatan itu sendiri telah mengakui faktor terbesar dalam proses penyembuhan adalah datang dari 'higher centre' yang kalau difahami adalah berkaitan dengan benda yang berada jauh di lubuk hati kita,yang mengawal emosi, perspektif dsb.Kerana sistem imun dalam badan kita akan gagah sekiranya jiwa kita GAGAH ! untuk gagah jiwa, kita perlu gagah rohani.Untuk gagah rohani, kita perlu 'ummph' dalam iman.
Kini, ummu sulaim berada di wad 'bidan'.Alhamdulillah...segala pujian untukNya.Tidak pernah terfikir waktu kecil-kecil dahulu yang ummu akan menjadi bidan.Gerun ada juga melihat peritnya kesakitan ibu2 yang berhempas pulas untuk anaknya yang tidak sabar2 mahu keluar.Bermacam reaksi yang dilihat,ada yang boleh bersabar,maka kuranglah rengeknya.Tapi kalau yang mungkin kesakitannya agak berat @ mungkin juga kesabarannya masih kurang mampu, maka jadilah 'labor room' itu ibarat bilik orang2 yang histeria.Kadang2 bunyi pekikannya boleh kedengaran sampai ke luar.namun ummu berbangga keran rata2nya ibu2 muslim semuanya begitu tabah bersabar .Mulut mereka tak pernah lepas dari bacaan-bacaan selawat dan ayat2 yang memudahkan bersalin.Nurse juga tidak kering dari bacaan Bismillah setiap kali kepala bayi mula menonjol keluar.Tahniah saudara2ku.Teruskan istiqamah!
Ummu perlu berhenti di sini.Ada kelas 'multiple pregnancy' lepas ni.Untuk bakal ibu2, rebutlah peluang ampunan dosa dari Allah untuk mereka2 yang bersabar dalam melahirkan anaknya,insyaAllah.Jumpa lagi.

No comments: