Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus,ayat 57 :
" Wahai umat manusia ! sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan,serta membawa rahmah bagi orang-orang yang beriman."
Zaman kita sekarang ini zaman yang mencabar.Rata-rata kita melihat hati-hati manusia kini sedang menderita penyakit yang tenat.Bermula dari sebesar-besar dan seterang-terang simptom tenat yang berupa maksiat secara zahir sehinggalah sehalus-halus virus yang menyerang sel-sel hati yang parahnya lagi teruk tapi tersembunyi.
Dari dulu hingga kini.Pokok perbincangan berlegar di topik yang serupa.Saling menunding jari,jarang-jarang sekali ada pihak yang berlepas diri dari episod yang tak memberi faedah ini.Kecil pula bilangan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah dengan memperbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan pihak lain.
Natijahnya, statistik PDRM pada 2004 menunjukkan setiap hari :
1) 1.5 orang dibunuh
2) 4.7 dirogol
3) 68.2 kes pecah rumah
4) 23.6 kes kecurian kereta
5) 141.3 motosikal hilang
6) 41.9 kes rompakan
Subhanallah angkanya bukan merudum,tapi semkain gah meninggi.Puncanya kerana berleluasanya virus hati yang menunjukkan 'virulence' yang semakin meningkat.Hanya vitamin Z yang mampu mengawal virus ini.Walaupun ia sekadar vitamin, ia bukan calang2 vitamin.Klau sebelum ini vitamin sifatnya hanya diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit dan berbahaya jika berlebihan, vitamin Z ini sifatnya berlainan.Jika semakin banyak dibekalkan semakin baiklah potensi penyembuhan.Vitamin Z ini tidak perlukan belanja duit yang besar walaupun hasilnya sungguh menakjubkan ! dan ia terdapat di mana2 sahaja, mudah diperolehi.Bukan sifatnya duduk hanya pada kedai2 farmasi yang 'high standard', malah di kedai2 kopi pun ada stoknya.Pelik sungguh vitamin Z ini.Ia bukanlah penawar yang baru ditemui di era ini, ia dah lama wujud berabad2 lamanya bahkan tidak diketahui bila spesifik tarikh penemuannya.Cumanya yang menyebakan ia nampak tersembunyi dan tidak popular hanyalah kerana manusia tidak mahu menjalankan penyelidikan yang mendalam pada keberkesanan vitamin ini pada sisitem ekologi kehidupan keseluruhannya,bukan hanya pada manusia.
Vitamin Z ini ialah ....vitamin Zikrullah.Ia bertindak sebagai ' defense barrier' pada hati.Semakin tebal ia,semakin susah bagi virus untuk menerobos masuk.Semakin bersinar ia semakin gelisah virus itu kerana persekitaran suhu yang tidak sesuai boleh membantutkan fungsi normalnya. dan jadilah ia virus yang dorman.Begitulah juga andainya barrier ini tiba2 menipis,dan...virus ini akan kembali aktif dan memecah masuk menyerang kembali hati.Kiranya tiada langkah penyembuhan,lama kelamaan hati ini akan sampai pada peringkat penyakit hati yang kronik yang akhirnya membawa pada kegagalan hati.Bila hati gagal...bercambahlah cendawan-cendawan maksiat yang lebatnya bak baru disimbah hujan.
Al-Quran.Cukuplah ia sebagai penawar buat segala penyakit hati.
No comments:
Post a Comment