Monday, February 04, 2008

Multiple Myeloma

Alhamdulillah ,Dia memberi lagi keizinan untuk ana menyambung ruangan doktor muda.
Seminggu cuti ni ,berjuang berkorban masa cuti.Kampus bertukar jadi senyap sunyi.Pintu bilik jiran2 ana juga bertutup rapat.'kesik' juga bila duduk dalam keadaan begini,tapi cepat2 ana menepis.Kiranya benar ana membenarkan bahawa di sana tiada sesuatu yang patut kita takut hanyasanya Allah s.w.t,tidak sepatutnya ana membiarkan mainan perasaan itu terus menguasai diri.

Berjihad..sudah hampir 3 hari kami 'barisan calon exam final' bertempur di tingkat atas Dewan Nurani.semalam sudahnya pukul 1 pagi lebih.Mengantuk cuba dilawan sekuat mungkin.Mujurlah ada sahabt yang bermurah hati menjamu limau dan kuih apam.Setidak2nya ada sesuatu yang boleh 'inhibit' kami dari terus terlena dengan mata yang terpejam.

Segal puji bagi Allah..Ingatlah Dia selalu.
Dalam study..dalam berbincang..dalam mengeluarkan pendapat..hasilnya kita akan sentiasa terpandu.Ana ditaklifkan ala2 penjaga masa dalam sg.ada sahaja bias2 perbincangan akan meleret2, maka tugas ana untuk menarik kembali ke pokok perbincangan asal.Tujuannya untuk fokus,kerana masa sudah 'kritikal'.

InsyaAllah ana doakan sahabah2 sekalian jua ana dikurnia kejayaan yang berkat.

Semalam tugas ana membentangkan Multiple Myeloma.Penyakit ni tidak sekerap insiden kencing manis atau sakit jantung yang sememangnya terkenal di Kelantan ni.Akarnya ia adalah berpunca dari masalah di peringkat pembahagian sel dalam tulang sumsum kita.Ia secara abnormalnya menghasilkan satu jenis 'paraprotein' dari sel plasma yang mana protein inilah yang akan mengganggu sebahagian sistem dalam badan kita.

Biasanya pesakit ini akan mengalami simptom kurang keseluruhan sel darahnya termasuklah sel darah putih,merah dan platlet.Akibatnya pesakit akan menjadi pucat dan mudah mendapat jangkitan.Ia juga boleh memusnahkan tisu2 tulang kita menyebabkan tulang belakang kita akan patah,justeru pesakit akan datang dengan mengadu sakit belakang.

Ia juga menggangu sistem buah pinggang kita dan boleh menyebabkan komplikasi 'kegagalan fungsi buah pinggang'.Maha suci Allah,setakat ini belum ada lagi rawatan' curable' untuknya.Biasanya pesakit ini tempoh hayatnya paling lama mungkin hanya 4 tahun sahaja.
Em...bercakap tentang 'curable' ni.Ada seorang doktor di jabatan perubatan,pengkhususan di bidang onkology,pernah menyebut bahawa sebenarnya tidak patut kita sebagai seorang Islam yang meyakini bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali maut, membenarkan sahaja hasil eksperimen saintis yang mengatakan penyakit ini ..penyakit itu...tiada ubatnya.katanya, bukan ubat yang tiada tapi kita yang tidak cerdik kerana masih belum mampu mengkaji di mana sumber ubat untuknya.Terkedu juga ana,kerana doktor juga turut mengaitkan dengan masalah akidah.Alhamdulillah, bersyukur walau tidak ramai, sekurang2nya doktor itu berani ke hadapan membangkitkan persoalan iman dalam profesyen perubatan ni.

Mari kita bermuhasabah hari ni sebentar.Nilailah hari semalam..cari di mana bengkoknya.Jika berpeluang,betulkanlah pada hari ini.Moga sinar hari ini lebih cerah dari semalam..bertemu lagi, insyaAllah.

No comments: