Cukuplah Allah bagiku...
Cukuplah Dia sebagai tempat ku luahkan perasaanku...
Cukuplah Dia tempat ku labuhkan bahuku untuk mengadu...
Cukuplah Dia yang mengerti susah sengsara hidupku...
Cukuplah Dia sebagai pendengar setia qalbuku...
Sesungguhnya wahai manusia
Kiranya jiwamu masih belum ketemu ketenangan
Ketahuilah masih ada sekelumit dari hatimu
Meletakkan sesuatu lebih dariNya
Ia sukar...ia berat...ia payah..
Ya...sesiapun begitu
Untuk apa kita hidup sebenarnya,wahai manusia ?
Kamu telah berjaya mengejar title
kamu telah berjaya mengisi kocekmu
Namun jiwamu gersang
Lebih tandus dari padang sahara
Untuk apa duhai manusia?
Andai di dunia ini kamu begitu berlumba2
namun akhirat kamu lupa
apalah nilainya dunia
lebih rendah harganya dari sebelah sayap nyamuk
Tuhan..
Tuhanku ialah Allah
Dia maha tahu jiwa ini sentiasa merintih
mencari ketenangan
mencari jawapan
kepada sebuah persoalan
yang tidak henti2 bertandang
sebagai ujian bukti cintakan Tuhan...
Ramadhan...Ramadhan....Ramadhan.
Rintihanku di malam Ramadhan,
Ampunkan kami,wahai yang maha Pengasih.
Ummu Sulaim.
1 comment:
Salam Ramadhan, dr.
Terima kasih kerana datang ziarah ke Blog saya.
Post a Comment