" Ya Allah,berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh " { As- Syuara' : 83 }
Saturday, March 28, 2009
Maahad dalam kenangan
Katakanlah solatku, ibadahku hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Pemelihara seluruh 'alam...
Berita kecemerlangan adik Nur Madihah yang diumumkan pelajar terbaik SPM kebangsaan baru-baru ini telah menyemarakkan semula obor iman dalam diri...bahawasanya agama itu fitrah manusia.Dikatakan fitrah kerana agama memandu diri untuk kebaikan dan kemajuan manusia.
Membelek kembali helaian cerita nostalgia bagaimana ummu diberi peluang oleh Allah untuk turut mencedok ilmu di suatu ceruk bumi barokah yang dulu-dulunya turut menjadi tempat mengaji ulama'..salah seorang darinya adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Dahulu,sewaktu awal penubuhan Maahad Muhammadi pelajar lelaki dan perempuan tidak diasingkan sekolahnya.Beberapa tahun kemudian baharulah sekolah maahad itu diasingkan pelajarnya,yang lelaki dipindahkan ke bangunan baru di jalan Pengkalan Chepa.
Usai mendapat keputusan UPSR di Sek Keb Mentuan,yang letaknya di sebelah pagar rumah,abah dan mama memilih Maahad Muhammadi Lilbanat sebagai tempat penyambung pelajaran ummu.Waktu itu,ada tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh yang lain, tetapi alhamdulillah Allah yang Maha penyayang mencederungkan hati orang tua untuk tetap menghantar ummu ke sana.
Seawal pagi ummu bersiap sedia untuk sessi temuduga.Ada dua jenis ujian yang perlu pelajar lepasi sebelum diterima masuk untuk bersekolah di situ selain keputusan UPSR yang baik.Satu jenis lisan dan satu lagi jenis bertulis.Yang lisan itu buat ummu kecut perut sedikit waktu itu..walaupun yang perlu dibuat hanyalah membaca beberapa potongan ayat Al-Quran di depan ustaz penilai.Ujian bertulis dibuat beramai-ramai di dalam kelas, namun sayang ummu sudah lupa soalan yang ditanya.
Peluang belajar bahasa arab adalah suatu anugerah yang besar dalam hidup.Dengannya kita berasa dekat dengan Al-Quran..dengan al-hadith.Bahkan bila berdoa kita berpeluang untuk menghayati ma'nanya kerana kita faham apa yang kita sebut.Bila terdengar sahaja Qalam Tuhan, jiwa mudah tersentuh kerana kita faham ma'nanya,apa lagi yang lebih besar dari menerima nasihat terus langsung dari Tuhan..Allahu akbar.
Terima kasih tidak terhingga buat abah dan mama kerana dengan kebaikan yang ada pada kalian menjadi wasilah untuk anak ini memperoleh kebajikan yang mulia ini.Justeru tidak hairan mengapa kita melihat Imam-Imam besar Masjidil Haram begitu mudah teresak-esak menangis dalam solatnya bilamana sampai saat tiba pada ayat-ayat ancaman azab ataupun janji balasan syurga kerana keharuan.Alangkah bertuahnya saudaraku...jika kita dpat memahami apa sebenarnya yang ingin Allah pesankan pada kita dalam al-Quran itu.
Ada yang mengingatkan ummu..
" belajar kat maahad tu, susah dik..banyak sangat subjek.Berbelas-belas sebab campur dengan madah arab,dah tu kena banyak hafal. "
Benar..subjeknya melimpah,benar juga berjenis-jenis kitab perlu dihafal.Namun itulah kemanisan, itulah halawah...Kesannya otak kita sudah diasah sejak kecil untuk belajar mengingat banyak perkara.Dalam masa yang sama kita diasuh untuk menghafal hadith2 Nabi,indirectly iman kita telah dijana enjinnya.Belajar sirah Nabi, tafsir,hadith,belajar perihal adab dan akhlak,kecantikan gaya bahasa arab semuanya adlah kredit untuk menguatkan akar iman.
Masih teringat ummu sewaktu ziarah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke maahad sewaktu ummu di tingkatan empat.Masa tu, baru sahaja selesai PMR, dan kebanyakan ustaz dan guru sedih dengan perpindahan beberapa pelajar yang cemerlang keputusan PMR nya ke sekolah berasrama penuh yang lain.Betapa bersungguh mereka guru2 ummu ini memberi perangsang kepada kami untuk terus menyambung belajar di maahad sehinggalah ke peringkat SPM.Sebab tika itu,umur kelas aliran sains yang diwujudkan di maahad baharu setahun jagung.Justeru ramai pelajar yang cenderung pada aliran sains bila mendapat tawaran belajar di sekolah sains berasrama penuh lain teruja untuk berpindah.
Lantas antara bait kata2 tuan guru yang masih tersimpan kemas dalam memori ummu sewaktu ziarahnya;
" kita wujudkan aliran sains di sini, antara lainnya kita mahu melihat doktor di bahagian sakit puan adalah di kalangan perempuan "
Ucapan itu serba sedikit memberi pengaruh kepada hala tuju hidup ummu masa akan datang.Sejak itu...ummu aim for big success untuk cuba memenuhi harapan Tok Guru.Kami di sini, walau agak kekurangan dari alat kelengkapan mengajar,makmal sains pun baru sahaja diwujudkan,namun berkat kesungguhan guru2 dan asuhan ustaz ustazah untuk sentiasa memperelok niat belajar kerana Allah,walau dalam kepayahan kami cuba usahakan yang terbaik.
Setiap tahun, kami dikenakan tamrin.Di situlah kami ditarbiyyah mental fizikal syakhsiah terutamanya.Kebanyakan pelajar bila dengar je tamrin,mulalah kecut perut kerana biasanya dalam tamrin itu kami akan dibasuh untuk betul2 amalkan Islam.Pemakaian sangat2 dititikberatkan,tudung singkat seinci pun pasti ditahan dhobitoh ( pengawas ).Kasut sekolah tidak boleh yang bergerigi, kain dalam mesti pakai,dan setiap masa kelas kami akan diadakan spot check...maka dirampaslah segala benda2 yang tak sepatutnya dibawa-majalah MANGGA antaranya.
Cikgu Ghazali Konok...antara figure yang banyak memberi jasa untuk peningkatan kualiti kelas tambahan.Ummu dulu,keluar dari rumah seawal 6.30 pagi ketika langit masih gelap menunggu bas sekolah untuk mengangkut kami ke sana..dan hanyalah sehingga jam 6 petang baru kami keluar dari pintu gerbang sekolah untuk balik semula ke rumah kerana kelas tambahan diadakan hampir setiap hari.Mama hanya mampu memandang dengan wajah simpati pada anaknya yang keletihan setiap kali pulang dari sekolah.
Dan kini...atas kurniaan Allah,jua keikhlasan guru juga kata2 semangat dari seorang pemimpin negeri yang mulia, Allah telah kabulkan impian mereka kesemuanya untuk melihat anak didik mereka berjaya.Mudah2 mudahan berjaya bukan sahaja di dunia ini, tetapi yang lebih penting selamat di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Thanks for this article.
Informative and motivative.
God has sent you to the place where He asked you to be a good daei. He let you choose and decide. And one day, we will realize that our life here is something that we will grateful of.
Learn and experience.
Post a Comment