Friday, November 27, 2009

Menanti rebah

Ismahli...lama sungguh ummu on leave.

Ada banyak peristiwa berlaku 2-3 minggu yang lalu.Ibrahnya...diri makin merenung jauh.Sukar untuk diterjemah gelojak perasaan tika ini dalam bentuk pena.Perlu pada analisis yang dalam, di samping pembersihan hati agar ibrah yang cuba dikaji bertemu pada titik kebenaran.

Sungguh ni'mat yang amat dihargai,Syukur pada Tuhan.Pagi tadi,sempat mencuri masa bersembahyang sunat hari raya di masjid berdekatan HRPZII.Air mata tak mampu ditahan, terus ummu tersedu di celah kesyahduan menghayati khutbah yang disampaikan.Kasihan kepada' hati ' ini, dahaganya pada minuman iman yang menyegarkan begitu dirasai.Biarpun detik bahagia itu sekejap cuma, penawarnya kekal tertanam di lubuk hati.Mudah-mudahan berpanjangan.

" pakcik jangan bersedih di pagi raya ni ya...takpolah rehat kat wad ini, sampai sihat"

Wajah-wajah pesakit ummu semasa 'round ' pagi tadi agak sugul.Masakan tidak, anak-anak yang balik beraya dari jauh,tidak mampu diluang masa bersama di rumah,sebaliknya terpaksa terlantar kesunyian bertemankan kawan yang senasib.Paling kanan, ada kawan yang kakinya tergantung kerana kemalangan, paling kiri ada teman yang kakinya berbalut dek terpaksa dipotong kaki gara-gara kencing manis.Pendek kata....tiada yang indahnya.Bersabarlah pakcik-pakcikku...

Pagi esok, ummu do'akan Allah anugerahkan beri kekutan pada ummu untuk memyaksikan makhluk Allah yang bertuah tumbang menyembah bumi.Abang kata...

" nanti esok boleh tengok lembu menangis"

" depa sedih ke, gembira? "

" mereka gembira kerana terpilih menjadi makhluk yang boleh dikorbankan untuk khaliqnya"
Terang abang ummu.

'senghiau' juga ummu mendengarnya.Takut ummu dulu yang rebah sebelum lembu-lembu itu, lantaran 'terkejut' tengok darah, dan rasa kesian .Tetapi terpaksa digagahkan demi merebut fadhilat yang hanya datang sekali sekala, juga menyempurnakan ibadat sunat qurban buat kali pertama.Mudah-mudahan bertambah barokah dalam rezeki.

Masih belum terlambat...ayuh bersama hayati indahnya sebuah pengorbanan !

2 comments:

orezeo said...

salam ummu..

mao nanye..ibrah itu ape ye??

Dr Ummu Sulaim, Hospital Raja Perempuan Zainab II said...

ibrah itu bahasa arab...maksudnya pengajaran, orezeo..:-)