Alhamdulillah...segala pujian syukur selayaknya ditujukan buat Allah yang Maha Pengasih.
Kala ini, penulis baru sahaja selamat kembali dari sebuah perkampungan Kem Bijak Belajar bersama pelajar2 SPM.Moga umur kami selama dua hari di sana dicatat sebagai amalan yang sahih,dan selamat dipersembahkan di depan Rab yang Maha Agung.
Sudah tentu,terlalu banyak mutiara2 ilmu yang ditemui,yang kemudiannya menuntut kami untuk membahagi2kan kepada insan lain.'Overall' nya antara perkara yang mendetik hati penulis untuk berfikir adalah kata2 dari seorang doktor dalam ceramah beliau yang berpesan:
Umat Islam tentunya mesti sentiasa bermotivasi.Setiap pagi,ada sahaja matlamat baru yang akan dikejar sedaya mungkin..bila sampai ke malam,badan tentunya penat dan keletihan.Fitrah memerlukan kita untuk berehat,namun tidaklah sehingga melampaui keperluan.Bingkas saja dari tidur,badan dan akal akan kembali beramal dengan matlamat baru.Begitulah seharusnya
rutin seharian kita..
Kita cerita lagi di lain masa jika Allah memberi kesempatan.Ilalliqa'.
1 comment:
YA, kita memang perlu motivasi agar semangat yang terkadang ingin pudar bertambah segar.
Post a Comment